Salam u olls ,
21st Dec 2012 lepas Ty mengekoq 2 kawan blogger Ty keluar. Kami hanya berbual melalui WhatsApp sahaja. Ty agak sibuk dengan kehidupan dan kerja. Jadi sebenarnya Ty kadang-kadang je sempat curi-curi pandang telefon dan baca sekali imbas apa yang dibualkan mereka. Ty boleh terikut keluar sebabnya Qaseh dan Kak Sue ada ajak Ty , Ty terbaca waktu tu dan tak tahu menahu ke mana destinasi sebenar tapi terus jawab , OKAY . Yang pasti Kak Sue nak pergi beli tudung dan baju.
Ty hanya maklum pada mummy Ty yang kawan - kawan geng blogger Putrajaya ajak gi Nilai. Mummy mula bebel bila Ty dijemput lepas Maghrib yang jam di dinding hampir ke pukul 8 malam. Mummy bebel sebab hairan takkan la Nilai buka lagi ? Ha Ty pun pelik , tapi lantak la janji Ty dapat berjalan dan ikut orang shopping. Dah lama terperuk je di rumah , dah sihat sikit nak tengok la dunia luar. Tapi mummy tak marah cuma sekadar bertanya sebab dia kenal kawan blogger Ty ni.
Perjalanan ke arah lain , Ty mula berterus terang kepada Kak Sue dan Qaseh dengan perkara sebenar. Mereka gelakkan Ty sebab Ty mati-matian ingat akan ke Nilai , dan dah bagitau dekat mummy. Rupa-rupanya Kak Sue ajak pergi Kuala Lumpur , Ty oiii! Hampeh kan Ty ni. Tahu nak ikut je orang keluar tapi tak ada inisiatif nak scroll baca apa yang dibual di WhatsApp.
Haih la , sepanjang perjalanan asyik kena bahan je. Redha jap kena buli. Kami sampai di Jalan TAR , baq ang! Okay tu la Nilai aku , ngok ngek kan? Serbu kedai Muaz Testile sebab Kak Sue nak beli baju, tudung pelbagai jenis dan gaya. Nak buat jual rupanya tapi mak cik dia di Kelatan yang kirim. Semua yang berlaku pada masa tu la Ty baru tahu. Keciani lah daku.
tq to gugel 4 the image
Qaseh pun ada beli pashmina. Ty sekadar mengikut so tak beli apa-apa. Sebelum gerak ke kedai makan untuk makan malam bersama sempat la bergambar kejap.
Kami !
Meh lentoq ke kiri ikut rentak Qaseh & Kak Sue , ahaks!
Makan malam di Restoran Rose , Kampung Baru. Kak Sue nak bawa Ty & Qaseh cuba masakan minang. Okay , bila dengar je , dah ngeri sebab tak biasa sangat makan dan apa yang bermain di kepala is "kalau tak kena dengan tekak macam mana?". Tapi lepas dah cuba makanan minang kat situ , dan rasa "Satay Minang" favourite food Kak Sue kat situ , pergh sedap la juga , Satay yang tidak berkuah kacang tapi kuah ala-ala lemak gitu. Itu menu makan malam Kak Sue yang bajet nak berdiet u olls.
Satay Minang
Amacam , kecur air liur tak tengok Satay Minang tu ? Tempting kan? Apa yang Ty dan Qaseh makan pula , adalah makanan biasa tapi masakan tak rasa macam biasa pun , memang air tangan orang minang agaknya. Fuh , selamat sedap kalau tak memang semulut dua je la jawab nya cuma Qaseh kata Kueh Teow Sup dia dah macam rasa kari. But the taste is nice.
Kueh Teow Goreng
Kueh Teow Sup
Nasi Goreng + Telur Dadar
Oh itu nasi goreng En.D , si jantung hati dan In sha Allah bakal imam kepada Kak Sue , tunangnya. Yang banyak melayan kerenah Ty yang blur aje, turut membuli dan membahan Ty. Driver yang sangat bercinta pemanduannya sebab Kak Sue dan Qaseh gayat dan tak suka speed. Jadi kami semua dihantar pulang ke rumah lewat 12 tengah malam gitu. Syukur la mummy tak bebel keesokkan hari.
girls ,
thank you for the date.
i'm happy
thank you too
for making my day
cheers up.
i love you girls
no another girlfriends are like
u , girls.
thank you.
Nampak ok juga makanan di restoran tu, tapi makcik ni tak pernah cuba pulak. :)
ReplyDeleteOk la Kakcik Nur , boleh try bila2 nanti.
Deleteaiyarkkkkk...diet la sangat mek ty oiiii....errr besor gedabak ha gambar,malu i...heeheee
ReplyDeleteeh buka diet ke? besar la baru jelas.
Deletemkn2 tu yg paling best hehhe
ReplyDeleteYes , memang sedap!
Deleteassalamualaikum yanty...mcm sedap tapi x pernah cuba lg...:)
ReplyDeleteWaalaikumusalam mama... Nanti bila2 mama dtg kl kena try taw.
Deletesedapnye!! lapar..
ReplyDeleteSis Syida, lahai keciannya terus lapar. .hehe
Deletesedapnya mkanan tu..nyummy la..hihi..best dpt kuar shopping2 cmtu..huk
ReplyDeleteSgt best dpt jmp dierorg ni..gelak je.. Yes mknan tu sgt sedap
Deletedah lama tak pi jalan Tar.nak kena pi la ni. rindu nak shooping kat sana :)
ReplyDeleteTy pun kalau pergi masa nak raya je. Tapi jadi rambangvmata smp xbeli apa
Deletewah nk ikut
ReplyDeletesnok p bershopping ni kn
Sis iffah.... Meh2 jom len kali gather dgn qaseh n the others blogger... Seronok2...
Deletepcl baru lps mkn pn masih lg. ..teliyoq aihh! lg2 sate minang tuh..
ReplyDeleteHaha... Sabo2 PCL jgn ikut nafsu sgt...
Delete