Salam uolls!
Menghitung hari sahaja bagi seluruh umat beragama Islam untuk menyambut bulan mulia — Ramadan.
Untuk tahun 2024 ni, Bangi Golf Resort Clubhouse tampil dengan tema Warna - Warni Ramadan. Dan hampir setiap tahun menjelang bulan Ramadan pasti Ty akan berbuka puasa di sini. Kerana dari dahulu hingga sekarang juadah berbuka yang disajikan kepada para tetamu tidak pernah menghampakan. Satu kepastian apabila pulang dengan perut yang kenyang, boleh kenyang sampai tak makan sahur la cerita nya.
Let's cut it short, jom tengok menu menarik di BGR!
Menu utama menjadikan que panjang lining up semestinyalah Kambing Golek & Sup Kambing Mamak Style di mana seksyen ini dipanggil sebagai Cooking Showcase. Terdapat juga menu lain seperti Home-made Sate Ayam, Laksa Lemak dan Penang Hokkien Mee.
KAMBING GOLEK
SUP KAMBING MAMAK STYLE
SATE AYAM
PENANG HOKKIEN MEE
Tidak lupa juga dengan signature dish yang boleh dikira sebagai menu starter juga iaitu Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma yang berada di Live Station bersama dengan menu lain seperti Dumpling Goreng, Mantao Goreng dan Air Tebu yang segar.
SOUS VIDE EGGS WITH MUSHROOM ESPUMA
DUMPLING GORENG
Kalau bab pemanis mulut pula, BGR tiap-tiap tahun tak missed dengan Serawa Durian dengan Pulut.
Sedang cerita, semua makan sedap belaka dan banyak pilihan lagi seperti;
SPAGETHI/PENNI BOLOGNESE/CARBONARA
NASI BRIYANI BASMATHI
KUEY TEOW GORENG
MAKANAN LAUT MASAK BERLADO
CREAM OF MUSHROOM WITH SOFT BUN
SWEDISH MEATBALL WITH BROWN SAUCE & MASHED POTATO
ANEKA MANISAN / KUDAP-KUDAPAN
Buat mereka yang nak menunaikan ibadah terawih / solat fardhu , BGR telah menyediakan surau. Begitu juga dengan kawasan lot parkir yang besar.
Cepat buat tempahan untuk berbuka puasa di sini bersama seisi keluarga mahupun sahabat atau tempat kerja dan sebagai dengan harga serendah RM65+ (Dewasa) dan RM32.50+ (Kanak-Kanak) bermula 13 Mac 2024 hingga 8 April 2024. Untuk tempahan dan maklumat lanjut boleh hubungi di talian : 1-700-82-1457 atau melalui laman sesawang rasmi BGR : www.bgrrest.com .
Jumpa korang nanti di sana, Insha-Allah!
No comments:
Post a Comment
Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen