Sunday, March 3, 2024

NASI PADANG & SELERO NEGERI SEMBILAN TEMA BUFET RAMADAN DI KLANA BEACH RESORT, PORT DICKSON

Salam uolls,

Berbuka puasa nanti bersama NASI PADANG DENGAN SELERO NEGERI SEMBILAN hanya di Klana Beach Resort, Port Dickson



Buat semua yang membaca entri Ty ni, ayuh kecur air liur bersama-sama. Pengemar masakan selera Negeri Sembilan pasti takkan rasa satu kerugian bila datang ke sini unuk berbuka puasa. Apatahlagi jika uolls suka makan masakan pedas tapi menambah selero engko.

Seperti ramai yang tahu Ty ni tak senang nak mencuba menu-menu baru dalam kamus hidup Ty, tapi semakin dewasa ni lain sikit. Tambahan pula bila ternampak sahaja menu-menu terhidang sedikit sebanyak mengingatkan Ty pada arwah Mummy Ty kerana dia seorang yang suka dengan masakan kampung apatahlagi mencuba terutamanya buat julung pertama kali nya. Her favourite is ulam-ulaman dan seangkatan, di mana dia mengajar Ty sejak sekolah menengah lai untuk cuba. Dan di sini Ty, pueh engko den kaba dapek makan kek sini! 

ONE WORD TO DESCRIBE SEMUA MAKANAN DI SINI - SEDAP!


MENU ISTIMEWA

KIBAS GOLEK
Seumur hidup Ty, ini adalah pertama kali Ty merasa daging Kibas. Walaupun ianya spesis kambing dan Ty tidaklah seorang pengemar kambing tetapi bila Ty cuba untuk merasa daging Kibas Golek ni terus keluar dari mulut; "Sedap, lembut" dan bila dicicah hampir 5 jenis pencicah yang disediakan such as Air Asam, Cili Kicap, Mint Sauce, Black Pepper Sauce, Rosemary Sauce. Favourite pencicah Ty dan suami goes to Mint Sauce. Engkau kono torai, kalau tak rugi.

SUP KIBAS

Kedua-dua menu ini adalah dikatakan menu buruan para yang datang untuk berbuka puasa di sini. Menu rare dan killer gitu.

MENU-MENU SELERO NEGERI SEMBILAN

RENDANG KUPANG PUCUK PAKIS

ASAM PODEH URAT KETING

GULAI NANGKA TELOR SOTONG

SAMBAL KERING PUCUK UBI IKAN BILIS
Sedap sangat! 
Walaupun pedas yang menyengat rongga hidung tetapi tekstur ia sangat membuat nak makan lagi apatahlagi bila makan dengan nasi putih panas.

AYAM MASAK LOMAK CILI PADI


SAMBAL IKAN GORENG

TEMPE KICAP

ANEKA SAMBAL

ULAM-ULAMAN

ULAM- ULAMAN


Menu masakan yang podeh tapi menyelerakan ini juga turut dilengkapi dengan 4 jenis Air Balang; Air Jus Kurma, Markisa, Air Soya dan Air Tebu dsb.

Hot Drink Corner juga ada.

MENU SAMPINGAN - 14 GERAI

ANEKA CUCUR (live station)

APOM BALIK (live station)

SATE MINANG

SPAGETHI CARBONARA

LAI CHEE KANG


MARTABAK


ANEKA MANISAN

ANEKA KURMA

Menu-menu sajian tahun ini semua dapat dinikmati mengikut lima putaran menu bermula dari 3 Ramadan sehingga 27 Ramadan 1445H. Nanti boleh lihat paparan menu dibawah. 

LIMA PUTARAN 
MENU MASAKAN PANAS

RAMADAN - 3 / 8 / 13 / 18 / 23 / 28
NASI PUTIH
AYAM PENCEN MASAK GULAI 
DAGING DENDENG BATAKOK 
IKAN PATIN ASAM PODEH
TELOR DADAR 
PUCUK UBI MASAK LEMAK PUTIH

RAMADAN – 4 / 9 / 14 / 19 / 24
NASI PUTIH
KALIO AYAM KAMPONG
PARU BERLADO 
GULAI IKAN TONGKOL 
SAMBAL TAUHU PETAI 
KOBIS TUMIS IKAN BILIS 

RAMADAN – 5 / 10 / 15 / 20 / 25
NASI PUTIH
MASAK LOMAK AYAM PADANG 
GULAI DAGING 
SAMBAL IKAN GORENG 
TEMPE KICAP 
GULAI NANGKA TELOR SOTONG

RAMADAN – 6 / 11 / 16 / 21 / 26
NASI PUTIH
AYAM MASAK LOMAK CILI PADI
RENDANG DAGING
GULAI URAT KETING KIKIL
TELOR GULAI PADANG 
TERUNG CABAI RAWIT 

RAMADAN – 7 / 12 / 17 / 22 / 27
NASI PUTIH
AYAM LADO HIJAU 
GULAI PEROT PADANG 
TENGGIRI MASAK LEMAK KENCUR
CABAI JERING IKAN BILIS
GULAI PUTIH PADANG

Pengunjung akan didendangkan dengan nyanyian sepanjang menjamu selera.

MENU SAHUR

CEREAL CORNER

ANEKA RENCAH UNTUK BUBUR NASI

PULUT

SWEET POTATO

UBI KAYU REBUS

WEDGES

BAKED BEANS

BUBUR CHA CHA

BUBUR LAMBUK

BUBUR KACANG HIJAU

PAKEJ RAMADAN  akan bermula pada 14 Mac hingga 8 April 2024 (3 - 27 Ramadan 1445H) mengikut harga bersih pada kategori seperti di gambarajah di atas. Dapatkan harga istimewa sebelum Ramadan dengan merebut peluang promosi tempahan awal.

Buat mereka yang bukanlah berasal sekitar daerah Port Dickson mahupun dari Negeri Sembilan, Klana Beach Resort juga datang dengan Pakej Penginapan & Pakej Seminar yang lengkap dari bilik, bufet ramadan hingga sahur sekali. Untuk non-muslim, disediakan sarapan pagi seperti biasa.


Selain dapat menjamu selera, secara tidak langsung dengan setiap pembelian Bufet Ramadan pengunjung telah menumbangkan sebanyak RM1 yang akan disalurkan kepada tabung Wakaf Tunai Majlis Agama Islam Negeri Sembilan sebagai saham akhirat jua.
 
Tidak ketinggalan juga, ada diadakan solat tarawih berjemaah yang dipimpin oleh Imam jemputan sekitar Port Dickson.

BILIK PENGINAPAN


VIEW BILIK TY & SUAMI
Rasa kosong bila tengok laut pantai dan langit luas terbentang.



Berbaloi dengan harga dan dilengkapi dengan kelengkapan yang memudahkan pengunjung. Paling Ty teruja ialah bukan sahaja sejadah disediakan malah telekung dan kain pelikat juga ada.

Oh, ya! Pengunjung boleh bersiar-siar disekitar pantai dan laluan jalan juga akan bertembung dengan kolam renang resort. Bolehlah singgah berehat di situ juga.




4 comments:

  1. waaahhhh... rambang mata di buatnya! menu istimewa... dan mint souce tu mcm kena try tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul , memang rambang mata sampai tak tahu nak makan mana satu kenyang erk sedap sangat semua amik rasa ala sesudu. ya , mint souce tu omg!!!

      Delete
  2. Sambal kering pucuk ubi dia mmg sedap

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Pages