Thursday, March 6, 2025

RAMADAN RIANG RASA DI BANGI GOLF RESORT

RAMADAN RIANG RASA DI BANGI GOLF RESORT

Salam uolls,
Sudah hampir seminggu seluruh umat beragama Islam di dunia ini akan menyambut bulan Ramadan makanya berpuasalah kita dari menahan lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang membatalkannya.

Dengan menyambut keindahan bulan Ramadan ini, pasti ramai antara kita sudah pun merancang plan berbuka bersama-sama dengan kawan-kawan kerja, sekolah , universiti mahupun dengan keluarga tersayang. Tapi bagi yang masih tercari-cari port mana dan berbaloi harga dengan menu hidangan yang disajikan tu, jom ke Bangi Golf Resort! Sambut Ramadan Ria Rasa di sini dengan menikmati sajian Arab dan Kemboja dengan lebih daripada  100 hidangan yang pasti memikati selera. Hanya dengan pada harga RM68+/dewasa dan RM34+/kanak-kanak sahaja dapat menjamu selera bufet istimewa ini.

Jom pakat kecuq aiyak liuq tengok antara menu yang ada;

MENU KLASIK PILIHAN RAMAI
Kambing Golek
Sup Kambing Mamak
Sate Ayam
Sous Vide Egg with Mushroom Espuma

MAIN COURSE

Hidangan Arab
Nasi Maqluba
(hidangan nasi Arab yang wangi menggunakan beras panjang dan rempah aromatik seperti kulit kayu manis dan jintan yang juga dimasak bersama ayam yang empuk)

Hidangan Kemboja
Ikan Amok
Kek Beras Pandan bersama Gula Melaka Kemboja
selain itu ada menu lain seperti ; Daging Lok Lak dan Kari Ayam Kemboja. Yang menu berasalkan dari Kemboja, memang dimasak oleh Chan Kanha ; Chef Selebriti Kemboja (Best Female in MasterChef Cambodia Season 1)

Hidangan Barat
Chicken Meatballs with Garlic Mushroom Sauce
Spaghetti Laksa Kering
French Prawn Bisque with bread
banyak lagi makan ada seperti Gado-Gado , Nasi Kerabu, Mi/Bihun Sup, Ayam Korea Oppa, dan tak tertulis lah Ty untuk korang. Yang pasti semua SEDAP especially Sayur Masak Keju, guys!

Dessert Corner
Spanish Churros
Pelbagai Bubur
banyak jenis kuih-muih , ais-krim ,ABC, Cendol, Talam Sago Dinda, pop-corn dan cotton candy juga ada untuk dirasai oleh semua golongan peringkat usia.

Maklumat tambahan mengenai Bangi Golf Resort ;
  • Sijil HALAL JAKIM sejak 2009
  • Sijil HACPP sejak 2021
  • Piawaian kebersihan dan keselamatan makanan berkualiti dn di tahap yang tinggi
  • Sediakan ruang parkir percuma sebanyak 800 unit
  • Sediakan ruang solat yang luas dan selesa berasingan bagi tetamu lelaki dan perempuan
Bufet Ramadan Ria Rasa Bangi Golf Resort ini akan bermula dari 2 Mac 2025 hingga 29 Mac 2025. Tempahan boleh di buat mulai sekarang melalui laman web : https//bgrrest.com/ramadhan-buffet-2025/. Semua harga adalah tertakluk kepada 6% SST. 

Semoga bulan suci ini akan membawa berkah, kedamaian dan kebahagian untuk kita semua. Manfaatkanlah setiap masa untuk berdoa, berbuat baik dan mendekati diri kepada Allah SWT. 
Selamat berpuasa!

No comments:

Post a Comment

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages